Monday, February 3, 2014

AL-ISTIAZAH DAN BASMALAH

HUKUM DAN CARA BACAAN AL-ISTIAZAH


Istiazah
Bahasa  : Memohon Perlindungan
Istilah    : Memohon perlindungan dari Allah dari godaan syaitan
Hukum  : Sunat Muakad (sgt2 dituntut) tetapi jika meninggalkan nya adalah Tidak Berdosa 


Cara membaca  Al-Istiazah (Ta'awuz) {4 cara}
  • 2 cara yang nyaring
  1. Tilawah alQuran
  2. Majlis agama /semasa belajar 

  • 2 Cara yang perlahan
  1. Dibaca dalam Solat sendirian
  2. Tadarus/Khatam alQuran beramai-ramai.


Cara membaca Istiazah dengan Basmalah dan awal surah



  1. Berhenti pada semua tempat (Istiazah o Basmalah o Awal surah)
  2. Berhenti pada Istiazah dan sambung pada Basmalah dengan awal surah
  3. Sambungkan Istiazah dengan Basmalah kemudian dengan lafaz baru mulakan awal surah.
  4. Sambung ketiga2 sekaligus dengan satu nafas.


nota :


  • terus sambung tanpa istiazah - kalau tak sengaja spt batuk/bersin/
  • Mula semula Istiazah - menjawap salam/ jawap azan dsbg..




Dalil membaca Al_Istiazah
فَإِذَا قَرَأْتَ ٱلْقُرْآنَ فَٱسْتَعِذْ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيْطَانِ ٱلرَّجِيمِ
“ Dan jika kamu membaca Al-Quran maka mohonlah perlindungan Allah dari syaitan yang direjam.” (Surah An-Nahl :98).
Ayat ini membawa makna jika kamu ingin membaca Al-Quran yakni amalan membaca itu belum dilakukan tapi jika akan dilakukan seperti mana ayat :

: إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلاةِ فٱغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ
“ Dan jika kamu mendirikan solat maka hendaklah kamu basuh muka dan kedua tangan kamu” (Surah Al-Mai’dah :6).





Hukum dan Kaedah Membaca Basmalah


Basmalah

Bahasa  : Pembacaan nama
Istilah    : Pembacaan nama Allah pada setiap perkara yang Baik .
Hukum  : SUNAT



Hukum Membaca Basmalah

Para Ulamak Qurra’ bersepakat sunat/harus hukumnya membaca basmalah ketika memulakan bacaan awal surah kecuali pada Surah At-Taubah.

Kaedah Membaca Basmalah
Terdapat 3 wajah dalam membaca basmalah di antara 2 surah :
  1. Membaca akhir surah, waqaf. Kemudian membaca basmalah, waqaf. Kemudian membaca awal surah berikutnya
  2. Membaca akhir surah, waqaf. Kemudian membaca basmalah dan disambung membaca awal surah berikutnya
  3. Membaca akhir surah, kemudian membaca basmalah dan disambung membaca awal surah berikutnya.


Cara Membaca Awal Surah At-Taubah : ( 3 Wajah )
Terdapat 3 wajah dalam membaca awal Surah At-Taubah
  1. Berhenti pada akhir Surah Al-Anfal dan mulakan awal Surah At-Taubah dengan nafas baru.
  2. Saktah (berhenti sebentar tanpa bernafas) pada akhir Surah Al-Anfal dan sambung membaca awal Surah At-Taubah
  3. Membaca sambung akhir Surah Al-Anfal dengan awal Surah At-Taubah


nota 



  • Sunat baca Basmalah pada awal surah
  • Basmalah pada AlFatihah adalah WAJIB
  • Memulakan pada pertengahan surah adalah SUNAT.
  • Baca basmalah pada permulaan surah  AtTaubah(Bara'ah) -TIDAK BOLEH/haram
  • Pertengahan AtTaubah adlh Harus.









No comments:

Post a Comment