Friday, February 15, 2019

HUKUM MAD

HUKUM MAD




Apa itu Mad ?

Mad bermaksud MENAMBAH. Ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu Huruf Mad atau Huruf Lin.

Huruf Mad :

Huruf mad ada TIGA kesemuanya iaitu Huruf Alif , Huruf Wau dan juga Huruf Ya dengan SYARAT :
  1. Alif dan huruf sebelumnya terdapat huruf yang berbaris atas.
  2. Wau dan huruf sebelumnya terdapat huruf berbaris depan.
  3. Ya dan huruf sebelumnya terdapat huruf berbaris bawah
Nota : Sila Ke Mad Asli untuk  penerangan selanjutnya.
Huruf Lin :
Huruf lin ada DUA iaitu Huruf Wau dan Huruf Ya dengan SYARAT :
  1. Wau dan huruf sebelumnya berbaris atas.
  2. Ya dan huruf sebelumnya berbaris atas.
Nota : Sila Ke Mad Lin untuk  penerangan selanjutny
JomTajwid - Hukum mad 1a new
Apa itu Harakat ?
Cara membaca mad bergantung kepada kadar harakatyang ditetapkan bermula dari 2 hingga 6 harakat.
1 harakat dikategorikan dalam bacaan tidak panjang . Manakala, bacaan panjang adalah bermula dari 2 sehingga 6 harakat.
Cara mengira harakat adalah dengan menggenggam jaridan melepaskannya. Jika 2 harakat, genggam 2 jari dan lepaskan. Namun  begitu, cara untuk mengenggam dan melepaskan jari mestilah mengikut kadar kelajuan bacaan.
Kadar Kelajuan Bacaan :
Kadar kelajuan bacaan terdapat 3 jenis :
  • Tahqiq – perlahan
    Sangat teliti dalam menyempurnakan bacaan dengan menunaikan hak-hak huruf. Contoh bacaan qari / qariah.
  • Tadwir – lebih laju dari tahqiq
    Bacaan pertengahan antara tadwir dan hadr serta masih tidak mengabaikan tajwid pada bacaan.
  • Hadr – laju
    Bacaan cepat dan masih tidak mengabaikan tajwid pada bacaan. Contohnya bacaan penghafaz al-Quran dalam mengulang-ulang bacaan.
Nota : Jika anda membaca pada kadar tadwir anda perlulah genggam dan lepaskan jari mengikut kadar kelajuan tadwir tersebut. Maka bacaan mad anda akan jadi lebih cepat sedikit berbanding mereka yang membaca pada kadar tahqiq.
Jenis Mad :
Mad terbahagi kepada DUA jenis iaitu:
1. Mad Asli
  • Mad yang BUKAN DISEBABKAN hamzah dan sukun.
  • Kadar harakat adalah 2 sahaja.
  • Asli – Asal
  • Thobi’i – Semulajadi
2. Mad Far’i
  • Mad tambahan yang DISEBABKAN oleh hamzah dan sukun.
  • Kadar harakat adalah lebih dari 2 sehingga 6.
  • Mad Far’i terbahagi kepada 13 jenis.
  • Far’i – Tambahan / Cabang
   JomTajwid - Hukum mad 1d new 6


MAD ASLI


Mad Asli turut dikenali dengan panggilan Mad Tobi’i.
Sebab Ia Terjadi :
Hukum ini melibatkan 3 huruf Mad iaitu Huruf Alif ( ا  ) , Wau ( و ), dan Ya ( ي ). Dan ianya terjadi secara tobi’i (semulajadi) kerana 3 huruf itu sahaja TANPA DISEBABKAN oleh hamzah atau sukun.
Keterangan :
MadMenambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad)
AsliAsal
Thobi’i                       Semulajadi
IstilahSesuatu yang tidak terikat dengan sebarang sebab samaada hamzah atau sukun

Kenalpasti Tanda Mad Asli :
1Huruf mad yang TIADA baris
  • Huruf Alif  ( ا  ) dan sebelumnya terdapat huruf yang berbaris fathah.
  • Huruf Wau ( وْ ) dan sebelumnya terdapat huruf yang berbaris depan.
  • Huruf Ya  ( يْ ) dan sebelumnya terdapat huruf yang berbaris bawah.
2Tanda huruf mad yang kecil iaitu huruf Alif ( ا  ) , Wau ( و ), dan Ya ( ي ) 

Harakat :
Dibaca dengan 2 harakat
JomTajwid - Hukum mad asli 2 (Feature) new 5
JomTajwid - Hukum mad 2a (Contoh Surah) new 5
Dalam al-Quran terdapat dua jenis tanda bujur iaitu Tanda Bujur Serong dan Tanda Bujur Tegak.
Tanda Bujur Serong :
Ia hanya ada pada tulisan tetapi TIADA pada bacaan. Ia hanyalah huruf ziadah (tambahan) sahaja.
Tanda Bujur Tegak :
Hanya terdapat pada ENAM (6) perkataan dalam al-Quran, ia dikategorikan sebagai mad asli yang perlu dibaca dengan kadar 2 harakat HANYA APABILA DIWAQAFKAN. Pada bacaan wasal, ia diabaikan.
JomTajwid - Hukum mad 2b
6 Baris Ayat Tanda Bujur Tegak Di Dalam Al-Quran :
Bagi setiap kalimah “ana”  dalam Al-Quran. Tidak semestinya pada surah Al-Baqarah (2) : 258 sahaja.
JomTajwid - Hukum mad 2c



MAD FARI'I
MAD WAJIB MUTTASIL
Sebab Ia Terjadi :
Mad Wajib Muttasil terjadi apabila huruf mad bertemu dengan hamzah dalam SATU perkataan.
Keterangan :
Mad                         Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad)
WajibWajib
MuttasilBersambung / berhubung

JomTajwid - Hukum mad wajib muttasil 3 (Feature) new3







Kenalpasti Tanda Mad Wajib Muttasil :
1Tanda panjang  diikuti hamzah dalam SATU perkataan di mana hamzahnya tidak berada di atas huruf alif atau di bawah huruf alif.

Harakat :
Dibaca dengan kadar harakat :
  • Wasal : 4/5 harakat
  • Waqaf : 6 harakat

JomTajwid - Mad Wajib Muttasil Contoh Surah new2





MAD JAIZ MUNFASIL

Sebab Ia Terjadi :
Mad Jaiz Munfasil terjadi apabila huruf mad bertemu dengan hamzah dalam DUA perkataan.
Keterangan :
Mad         Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad)
Jaiz           Harus
Munfasil                       Terpisah


JomTajwid - Hukum mad jaiz munfasil 4 (Feature) new 2


Kenalpasti Tanda Mad Jaiz Munfasil :
1Tanda panjang ini  diikuti hamzah dalam DUA perkataan di mana hamzahnya berada di atas huruf alif atau di bawah huruf alif.

Harakat :
Dibaca dengan kadar harakat :
  • Wasal : 4/5 harakat
  • Waqaf : 2 harakat (kembali menjadi mad asli apabila diwaqafkan pada huruf mad)





Mad-Jaiz-Munfasil-Contoh-Surah-1200x906a




MAD SILAH QOSIROH

Sebab Ia Terjadi :
Mad silah qosiroh berlaku pada keadaan wasal sahaja. Mad ini berlaku pada huruf ha domir (ganti nama) dimana ia terletak diantara 2 huruf yang berbaris dan tiada hamzah selepasnya.
Ha domir – Huruf Ha simpul yang merujuk kepada ganti nama diri ketiga dan merujuk kepada muzakkar.
Keterangan :
Mad                                Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad)
Silah            Sambung
Qosiroh           Pendek
SughraKecil (kerana tiada hamzah selepasnya dan kadar harakat 2 sahaja)
JomTajwid - Hukum mad silah qosiroh 5 (Feature) new 4















Kenalpasti Tanda Mad Qosiroh:
1Tanda wau kecil selepas ha berbaris dhommah.
2Tanda yaa kecil selepas ha berbaris kasrah.

Harakat :
Dibaca dengan kadar harakat :
  • Wasal : 2 harakat
  • Waqaf : Tidak panjang





JomTajwid - Mad Silah Qosiroh Contoh Surah new2


























MAD SILAH TOWILAH

Ia juga dikenali dengan Mad Silah Kubra.
Sebab Ia Terjadi :
Mad silah towilah berlaku pada keadaan wasal sahaja.
Mad ini berlaku pada huruf ha domir (ganti nama) dimana ia terletak diantara 2 huruf yang berbaris dan ada hamzah selepasnya.
Ia juga adalah sebahagian dari mad munfasil pada asalnya kerana ha simpul ini bertemu dengan hamzah dalam dua perkataan.
Ha domir – Huruf Ha simpul yang merujuk kepada ganti nama diri ketiga dan merujuk kepada muzakkar.
Keterangan :
Mad     Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad)
Silah               Sambung
Towilah                    Panjang
Kubra             Besar (kerana terdapat hamzah selepasnya dan kadar harakat melebihi 2)



























JomTajwid - Hukum mad silah towilah 6 (Feature) new 2
















Kenalpasti Tanda Mad Silah Towilah :
1Tanda wau kecil selepas haa berbaris dhommah bersama tanda panjang diatasnya dan selepasnya adalah hamzah.
2Tanda yaa kecil selepas haa berbaris kasrah bersama tanda panjang diatasnya dan selepasnya adalah hamzah.

Harakat :
Kadar 4/5 harakat (sama seperti mad munfasil) ketika wasal sahaja.





JomTajwid - Mad Silah Towilah Contoh Surah new


























MAD ARIDH LISSUKUN

Sebab Ia Terjadi :
Mad Aridh Lissukun ini terjadi disebabkan adanya sukun yang didatangkan apabila diwaqafkan.
Keterangan :
MadMenambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad)
Aridh                Mendatang
Lissukun                            Kerana Sukun
JomTajwid - Hukum mad aridh lissukun 7 (Feature) new 2
















Kenalpasti Tanda Mad Aridh Lissukun :
1Terdapat huruf mad diakhir perkataan yang ingin diwaqafkan.

Harakat :
Dibaca dengan kadar harakat :
  • Waqaf : 2/4/6 harakat
Perhatikan pada tulisan bewarna hijau “alaalamiiiin”. Jika bacaan diwaqafkan, ia boleh dipanjangkan samaada 2/4/6 harakat. Jika ia diwasalkan, ia akan dibaca dengan 2 harakat sama dengan kadar harakat mad asli. “alaalamiinnarhmaan”
JomTajwid - Mad Aridh Lissukun Contoh Surah

MAD LIN
Sebab Ia Terjadi :
Adalah ketika mewaqafkan bacaan, huruf yang terakhir disukunkan.
Keterangan :
MadMenambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad)
Lin                       Lembut
Huruf Lin : 
Huruf lin adalah (wau dan ya) dan SYARAT mad lin pula adalah apabila huruf sebelumnya berbaris atas TETAPI bacaan hanya boleh dipanjangkan pada huruf lin ini ketika WAQAF SAHAJA, manakala pada bacaan wasal ia dibaca dengan bacaan tidak panjang.
JomTajwid - Hukum mad lin 8 (Feature) new 2






Kenalpasti Tanda Mad Lin :
1Wau dan huruf sebelumnya berbaris atas.
2Ya dan huruf sebelumnya berbaris atas.

Harakat :
Dibaca dengan 2/4/6 harakat .
Jomtajwid - Mad Lin Contoh Surah

MAD BADAL
Sebab Ia Terjadi :
Apabila huruf hamzah bertemu huruf mad dalam SATUperkataan. Pada asalnya, terdapat 2 hamzah dalam satu perkataan. Hamzah pertama berbaris dan hamzah kedua sukun. Disebabkan itu hamzah kedua ditukar kepada huruf mad berpandukan baris pada hamzah yang pertama.
Keterangan :
MadMenambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad)
Badal                  Tukar

JomTajwid - Hukum mad badal 9 (Feature) new 2






Kenalpasti Tanda Mad Badal :
1Huruf mad alif, wau dan ya dan didahului dengan hamzah.

Harakat :
Dibaca dengan 2 harakat
JomTajwid - Mad Badal Contoh Surah


MAD FARQ
Sebab Ia Terjadi :
Bagi membezakan hamzah istifham yang bermaksud pertanyaan (adakah) dimana hanya terdapat 3 perkataan sahaja bagi hukum ini di dalam al-Quran.
Ia juga adalah sebahagian Mad Lazim Kalimi Musaqqal dan Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf.
Keterangan :
MadMenambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad)
Farqi                   Membezakan

JomTajwid - Hukum mad farqi 10 (Feature) new3






































Kenalpasti Tanda Mad Farq’i :
1Hamzah istifham di hadapan perkataan dan huruf mad selepasnya bertanda panjang.

Harakat :
Dibaca dengan 6 harakat
JomTajwid - Mad FARQ Contoh Surah new


MAD LAZIM HARFI
Sebab Ia Terjadi :
Mad Lazim Harfi terjadi apabila huruf mad Asli bertemu sukun pada huruf-huruf Muqotho’ah. (huruf yang tiada baris)
Huruf Muqotho’ah الْمُقَطَّعَةُ – Terletak pada awal surah tertentu.
Kaedah mengenalpasti cara membaca huruf muqotho’ah ini adalah dari ejaan asal huruf tersebut. Sila rujuk ejaan huruf hijaiyah.
Keterangan :
MadMenambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad)
Lazim    Lazim (kemestian memanjangkan mad dengan 6 harakat)
HarfiHuruf
Mukhaffaf                       Ringan (tiada idgham) – Huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam satu huruf tanpa idgham.
Musaqqal                                   Berat (terdapat idgham) – Huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam satu huruf beserta idgham.

JomTajwid - Hukum mad lazim kharfi 11 (Feature) new 2
Hukum ini boleh dikenalpasti melalui 3 kategori ini :
    1. Tiada Mad – Huruf Alif
    2. Mad Asli – Terdapat 5 huruf muqotho’ah yang dibaca dengan fathah dan dipanjangkan 2 harakat kerana terdapat huruf alif (huruf mad) pada ejaannya. Mnemonik : Haya Thoharo (حَيَ طَهَرَ (ح ي ط ه ر
    3. Mad Lazim – Terdapat 8 huruf muqotho’ah yang ditandakan dengan tanda panjang dan dibaca dengan 6 harakat. Mnemonik: Naqoso ‘Asalukum (نَقَصَ عَسَلُكُم  (ن ق ص ع س ل ك م
Huruf ‘ain pada permulaan
  1. Maryam (19) – كھیعص
  2. Ash-Shura (42) -( حمٓ (١) عٓسٓقٓ (٢
harus dibaca dengan kadar 4 dan 6 harakat melalui tariq As-Syatibi
JomTajwid - Hukum mad 11 1a
Contoh 1
Sila rujuk ejaan huruf hijaiyah.
  1. Huruf alif tiada mad (kategori 1). Ia hanya perlu dilafaz sebagai “alif” sahaja.
  2. Huruf Lam – Mad Lazim Harfi Musaqqal (kategori 3). Ia perlu dibaca panjang 6 harakat.
  3. Huruf Mim – Mad Lazim Harfi Musaqqal (kategori 3). Ia perlu dibaca panjang 6 harakat.
Perhatikan ejaan lam dan mim. Diakhir ejaan huruf lam terdapat mim dan di awal huruf mim terdapat huruf mim. Maka apabila mim bertemua mim (idgham mutamathilain-mim pertama sukun, mim kedua berbaris), hukumnya sama seperti idgham syafawi yang perlu didengungkan 2 harakat. Disebabkan itu juga ia digelar musaqqal.
JomTajwid - Hukum mad 11 1d

Contoh 2
Sila rujuk ejaan huruf hijaiyah.
Jika tiada tanda panjang di atas huruf tersebut, ia bukanlah mad lazim.
  1. Huruf Tho – Mad Asli (kategori 2). Ia perlu dibaca panjang 2 harakat.
  2. Huruf Ha – Mad Asli (kategori 2). Ia perlu dibaca panjang 2 harakat.
JomTajwid - Hukum mad 11 1b


Contoh 3
Sila rujuk ejaan huruf hijaiyah.
  1. Huruf Kaf – Mad Lazim Harfi Mukhoffaf (kategori 3). Ia perlu dipanjangkan 6 harakat.
  2. Huruf Ha – Mad Asli (kategori 2). Ia perlu dipanjangkan 2 harakat.
  3. Huruf Ya – Mad Asli (kategori 2). Ia perlu dipanjangkan 2 harakat.
  4. Huruf ‘Ain – Mad Lazim Harfi Mukhoffaf (kategori 3). Ia harus dibaca panjang samaada 4 atau 6 harakat.
  5. Huruf Sod – Mad Lazim Harfi Mukhoffaf (kategori 3). Ia perlu dipanjangkan 6 harakat.
Perhatikan pertemuan ejaan huruf ‘ain dan sod. Ia perlu dibaca ikhfa’ 2 harakat.
JomTajwid - Hukum mad 11 1c





MAD LAZIM KALIMI MUKHAFFAF

Sebab Ia Terjadi :
Huruf mad bertemu dengan sukun asli tanpa idgham.
Keterangan :
MadMenambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad)
LazimLazim (kemestian memanjangkan mad dengan 6 harakat)
KalimiKalimah (dalam satu perkataan)
Mukhaffaf                 Ringan (tiada idgham)


JomTajwid - Hukum mad lazim kalimi mukhaffaf 13 (Feature) new3

Kenalpasti Tanda Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf :
1Huruf mad bertemu dengan sukun asli tanpa idgham. Di atas huruf mad terdapat tanda panjang. Ia terdapat pada 2 tempat sahaja.

Harakat :
Dibaca dengan 6 harakat
JomTajwid - Mad Lazim Kalimi Mukhafaf Contoh Surah


MAD LAZIM KALIMI MUSAQQAL
Sebab Ia Terjadi :
Huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam satu perkataan beserta dengan idgham. Di atas huruf mad terdapat tanda panjang.
Keterangan :
MadMenambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad)
LazimLazim (kemestian memanjangkan mad dengan 6 harakat)
Kalimi     Kalimah (dalam satu perkataan)
Musaqqal                       Berat (terdapat idgham)
JomTajwid - Hukum mad lazim kalimi musaqqal 14 (Feature) new4






Kenalpasti Tanda Mad Lazim Kalimi Musaqqal :
1Huruf mad bertemu dengan sukun asli pada huruf pertama, kemudian huruf pertama digabungkan kedalam huruf kedua. (idgham mutamathilain)

Harakat :
Dibaca dengan 6 harakat
JomTajwid - Mad Lazim Kalimi Mussaqol Contoh Surah



















MAD TAMKIN
Ia juga dikategorikan sebagai mad asli melalui tanda mad yang terdapat pada kalimah tersebut dan cara membacanya juga sama seperti mad asli.
Sebab Ia Terjadi :
Ia terjadi apabila terdapat 3 yaa di dalam satu kalimah.
Keterangan :
MadMenambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad)
Tamkin                     Menetapkan

JomTajwid - Hukum mad tamkin 15 (Feature) new4






Kenalpasti Tanda Mad Tamkin:
1Terdapat dua huruf Yaa didalam 1 kalimah di mana :
  • Yaa pertama bersabdu/bertasydid dan berbaris bawah / kasrah.
  • Yaa kedua matiHuruf mad yang TIADA baris.

Harakat :
Dibaca dengan 2 harakat
JomTajwid - Mad Tamkin Contoh Surah





















MAD IWADH
Sebab Ia Terjadi :
Mad ini terjadi apabila ia dibaca dengan 2 harakat sebagai GANTI pada kalimah yang berakhir dengan baris dua diatas / fathatain ketika ia DIWAQAFKAN.
Keterangan :
MadMenambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad)
Iwadh                Ganti
JomTajwid - Hukum mad iwadh (Feature) new4






Kenalpasti Tanda Mad Iwadh:
1Kalimah yang berakhir dengan baris dua diatas /fathatain SAHAJA dan ia bukanlah huruf taa marbutah.

Harakat :
Dibaca dengan 2 harakat
JomTajwid - Mad Iwadh Contoh Surah






















Note : sumber dari jomtajwid




















































































































































































































































































































94 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak! Snagat bermanfaat

    ReplyDelete
  3. saya minta untuk copypaste ye, minta dihalalkn, dan semoga beroleh pahala sentiasa

    ReplyDelete
  4. Ssalam
    Mimnta send yg di atas ke emel saya zakimuhamad012@gmail.com
    Tq

    ReplyDelete
  5. JAZAKILLAHUKHOIR KASIR minta halal,hanya Allah saja yg dapat membalas jasa baik admin,nota ni membantu saya dlm kelas saya. Terima kasih admin

    ReplyDelete
  6. Minta halal ye,cuma allah yg mampu membalas .

    ReplyDelete
  7. MasyaAllah.. boleh minta kontak penulisnya? saya tertarik untuk melakukan kerjasama :)

    ReplyDelete
  8. Terimakasih banyak-banyak tuan. Mohon kongsi.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Ilmu yg bermanafaat.Minta dihalalkan...terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Jazakallahu Khoir..minta halalkan ilmu

    ReplyDelete
  11. Terimakasih atas ilmu tajuidnya. Saya kongsi ya tuan. Minta halalkan. Tq.

    ReplyDelete
  12. Contoh untuk mad jaiz munfasil tu bukan ke sepatutnya huruf mad bertemu dng huruf hamzah dlm DUA kalimah ? Maaf kalau salah cuma nak betulkan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. contoh yg ke2 itu , namanya Mad Jaiz munfasil hukmi (seakan mad wajib yg tulisannya bercantum) Mad Jaiz terbahagi kepada 2 . Mad Jaiz munfasil hakiki & mad Jaiz munfasil hukmi .

      Cara yg mudah utk kenal pasti mad Jaiz adalah selepas huruf mad terdapat huruf hamzah dan alif . Wallahu'alam

      Delete
  13. mintak halal ilmunya. terima kasih

    ReplyDelete
  14. Tuan/puan, saya nak minta izin untuk menggunakan isi kandungan untuk disampaikan kepada anak murid.Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    Mohon izin utk guna diri sendiri dan ajar/bantu bacaan orang lain

    جزاكم الله خير الجزاء

    ReplyDelete
  16. Silakan...Alhamdulillah, Moga bermanfaat

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum, mohon izin mengamalkan dan berkongsi 😊 Jazakallah khairan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan....moga boleh beri manfaat pada yg lain

      Delete
  18. Ilmu yang bermanfaat. Mudah faham. Terima kasih atas perkongsian. Mohon halalkan ye saya nak share dengan anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...silakan share, moga bermanfaat buat semua

      Delete
  19. terima kasihlahh nota ni amatlah membantu kawan kawan saya hahahahhaahahha banyak kerja

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum, mohon izin dan halalkan untuk mengamalkan ilmu, jazakallahu khairon

    ReplyDelete
  21. Salam..mohon halalkan ilmunya..izin saya untk share..syukran

    ReplyDelete
  22. Salam... minta copy ilmu ini boleh.. saya nak belajar dan ajar orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...yer boleh..ilmu ni untuk semua hamba Allah

      Delete
  23. saya mohon keizinan untuk guna ya... nota ni bagus untuk PDPR ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. yer silakan ....moga bermanfaat yer

      Delete
  24. Assalamualaikum.. mohon izin dan halalkan ilmunya untuk mengamalkannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm....silakan, semua ni Ilmu dari Allah jua..

      Delete
  25. salam Puan.
    Izinkan saya untuk menggunakan nota-nota di sini utk saya bermutalaah. Moga Allah memberi ganjaran kepada puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.... silakan, kami bersyukur jika boleh share pada yang lain...moga bermanfaat buat kita semua

      Delete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Mohon copy dan edit sedikit ya.. mohon balas.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon maaf lambat reply ....sila kan copy dan edit....moga bermanfaat buat semua

      Delete
  28. Assalamualaikum.. mohon copy ilmu nya dan di share dalam kelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm... silakan share, moga bermanfaat buat semua

      Delete
  29. Bismillah Assalamu'alaykum kak. mohon izin copy materi diatas ya kak untuk di pelajari.. semoga Allah menghitung sebagai pahala jariyah untuk kaka dan semua yang terlibat dalam posting materi diatas. Jazakumullahu khairan

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum. Mohon copy nota. Jazazakumullah khairan

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum,saya nak minta izin copy nota tajwid ni ye sebab ia mudah faham,syukran :)

    ReplyDelete
  32. Assalammualaikum izin kan saye share dan amik ilmunya boleh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, silakan share...moga bermanfaat

      Delete
  33. Assalamualaikum. Saya nak minta izin untuk copy paste dan share dengan orang lain boleh? Terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Sangat2 bermanfaat dan mudah faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, silakan share...moga bermanfaat buat kita semua..Aaminn

      Delete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum... terima lasih atas perkongsian yg sgt bermanfaat. minta izin share ya. Saya ada satu soalan, contoh last mad asli yg ada dalam gmbr tu bkn mad silah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm...silakan share. Untuk contoh akhir bahagian mad asli itu, mad silah ( mad asli yg berlaku ketika menyambungkan bacaan (wasol) namun jika kita berhenti (wakaf), maka ianya adalah mad asli. Moga bermanfaat

      Delete
  36. Assalamualaikum, saya nak minta izin utk dijadikan rujukan buat peperiksaan spm ya. Jazakumullahu khairan kasir ♡

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm...silakan, moga mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti. Aaminn

      Delete
  37. Ini paling enak dan paling komplit si...thanks gampang banget buat belajar

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum... mohon izin saya copy untuk pengajaran kelas tilawah & tajwid ye.. semoga Allah memberi ganjaran yang besar atas ilmu yang sangat bermanfaat ni. Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm ... Alhamdulillah silakan, moga bermanfaat buat semua

      Delete
  39. Assalamualaikum.. mohon izin ana copy untuk bahan pembelajaran untuk ana sampaikan kepada murid.. Ilmu nya sangat bermanfaat, semoga berkah untuk penulis, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm....silakan, moga bermanfaat buat kita semua, Aaminn

      Delete
  40. Salam puan.boleh sy gunakan nota ilmu tajwid ni utk diri sendiri dan keluarga serta kawan2 dan org yg memerlukan.. smoga Allah membalas kebaikan kepada puan

    ReplyDelete
  41. Terimakasih atas ilmunya..
    Izin copy.. semoga bermanfaat sebagai amal jariyah

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum. boleh sy gunakan nota ilmu tajwid dlm blog puan ni utk diri sendiri dan keluarga serta kawan2 dan org yg memerlukan.. sy akan print dan share ilmu dengan mereka.. smoga Allah membalas kebaikan kepada puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, yer boleh...silakan. Semoga bermanfaat buat semua

      Delete
  43. Assalamualaikum,boleh saya guna nota ni untuk rujukkan dan print untuk saya senang belajar.semoga Allah membalas kebaikan kepada puan.Terima kasih.

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum. Harapan agar tuan/puan berada sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya, Allahumma Amin! Mohon minta izin membenarkan sy copy paste nota2 dari usaha titik peluh tuan/puan. Mohon halalkan perkongsian ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas semuanya! Moga menjadi amal jariah buat tuan/puan. Allahumma Amin!

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum. mohon sy gunakan nota untuk pembelajaran saya.. tkasih.

    ReplyDelete
  46. Masyaallah Allahumma barik ukhty. Jazaakillahu khayran telah berbagi.

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum. Mohon izin menggunakan bahan dari blog cik ye. TQ

    ReplyDelete