Sunday, February 17, 2019

TAFKHIM & TARQIQ

Sumber dari Jomtajwid  

Jom berkenalan dulu dengan perkataan ini.

تَفْخِيْمُ  tafkhim – tebal
تَرْقِيْقٌ  tarqiq – nipis
Ingat lagi tak perkongsian tentang sifat huruf? Hukum ini akan dikaitkan dengan sifat huruf isti’la dan istifal.
Nota : Sila Ke Sifat Huruf untuk penerangan selanjutnya.
Okay, bacaan tebal nipis ini akan melibatkan:
  1. Huruf isti’la (terangkat)
  2. Huruf istifal (merendah)
  3. Huruf alif
  4. Huruf lam
  5. Huruf ro
Tetapi, terdapat 3 huruf yang mempunyai kedua-dua cara iaitu huruf alif, lam pada lafdzuljalalah dan huruf ro.

JomTajwid - Tafkhim


1. HURUF ISTI’LA TERANGKAT)
Bagi bacaan tebal, ia melibatkan  semua huruf isti’la  (terangkat).semua huruf isti’la  (terangkat).
Isti’la (terangkat) adalah apabila dibunyikan dengan suara mengangkat pangkal lidah ke langit-langit yang menjadikan bunyi sebutannya tebal.

JomTajwid - Tafkhim 1

2. HURUF ISTIFAL (MENURUN)
BACAAN NIPIS (TARQIQ) تَرْقِيْقٌ 
Selain dari 7 huruf isti’la ini, iaitu huruf istifal, ia perlu dibaca nipis (tarqiq).

 JomTajwid - Tafkhim 2



3. HURUF ALIF (MAD)

Huruf alif bersifat istifal. Tetapi ada ketikanya ia perlu dibaca tebal.
BACAAN TEBAL (TAFKHIM) تَفْخِيْمُ 
Huruf berbaris atas sebelum huruf mad (alif) adalah dari 7 huruf isti’la.
BACAAN NIPIS (TARQIQ) تَرْقِيْقٌ 
Huruf berbaris atas sebelum huruf mad (alif) adalah dari huruf istifal (huruf selain isti’la)
JomTajwid - Tafkhim 3





. HURUF LAM
Huruf lam pada lafdzuljalalah (lafaz kalimah Allah).
Huruf lam bersifat istifal. Tetapi ada ketikanya ia perlu dibaca tebal.
BACAAN TEBAL (TAFKHIM) تَفْخِيْمُ 
Jika sebelum kalimah lafdzuljalalah berbaris atas atau berbaris depan.
BACAAN NIPIS (TARQIQ) تَرْقِيْقٌ 
Jika sebelum kalimah lafdzuljalalah berbaris bawah






5. HURUF RO

Huruf ro bersifat istifal tetapi ada ketikanya ia perlu dibaca tebal dan ada ketikanya ia diberi pilihan untuk dibaca tebal atau nipis.



.
1. BACAAN TEBAL (TAFKHIM) تَفْخِيْمُ 
Bacan tebal – 6 keadaan


1. Huruf ro berbaris depan atau berbaris atas.







2. Huruf ro sukun dan sebelumnya terdapat huruf berbaris depan atau atas.




3. Huruf ro ketika diwaqafkan dan sebelumnya terdapat huruf alif atau wau dan sebelumnya huruf berbaris depan atau atas.
4. Huruf ro ketika waqaf dan sebelumnya terdapat huruf bertanda mati dan sebelumnya huruf berbaris depan atau atas.
5. Huruf ro sukun dan sebelumnya hamzah wasal yang dikasrahkan (bukan asal) kerana sebelumnya terdapat huruf berbaris bawah.
6. Huruf ro sukun dan sebelumnya huruf berbaris bawah, selepas huruf ro adalah huruf isti’la. Ia perlu berada dalam satu kalimah.



2. BACAAN NIPIS (TARQIQ) تَرْقِيْقٌ 


Baca nipis – 5 keadaan




















1. Huruf ro berbaris bawah.








2. Huruf ro bersabdu dan berbaris bawah.






3. Huruf ro sukun dan sebelumnya huruf berbaris bawah.





4. Huruf ro yang dimatikan ketika waqaf dan sebelumnya terdapat huruf ya mati. (ya mad / ya lin)

5. Huruf ro mati ketika diwaqafkan dan sebelumnya terdapat huruf bertanda sukun dan sebelumnya huruf berbaris bawah.
























































































































































JomTajwid - Tafkhim 5


Contoh Ayat Huruf Ro













































3. HURUF RO BOLEH DIBACA NIPIS (TARQIQ) ATAU TEBAL (TAFKHIM)








Terdapat hanya 5 tempat di dalam Al Quran

































JomTajwid - Tafkhim 6































































































































16 comments:

  1. TERIMA KASIH SEGALA ILMU YG KAMU BERI ITU SGTLAH SY HARGAI

    ReplyDelete
  2. TaBarokallaahu fiik - mohon kongsi ya

    ReplyDelete
  3. Manfaat sgt sgt moga murah rezeki

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ustz. Jazakallah atas perkongsian ilmu tajwid ini. Izinkan sy menggunakan nota2 utk diajar kpd ahli keluarga sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, alhamdulillah...silakan share moga bermanfaat

      Delete
  5. izin kan sy menggunakan nota ini untuk mengajar anak murid saya. semoga amal jariah mengalir . inshaallah . terima kasih .

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum izin kak untuk menggunakan gambar ini, terimakasih

    ReplyDelete