Apa itu waqaf?
Wakaf daripada segi bahasa bermakna berhenti.
Daripada segi istilahnya;
Memberhentikan bacaan seketika ataupun terputus suara (nafas) di hujung atau di akhir ayat.
Dalam Alquran Rasm Uthmani, ada beberapa jenis tanda wakaf yang ditulis. Tanda-tanda ini biasanya terletak pada pertengahan ayat.
****
Fungsi waqaf
Fungsi waqaf adalah bagi membantu kita berhenti dan mengambil semula nafas. Berhenti (wakaf) pada tempat yang betul dapat memelihara makna Alquran.Apa kesan jika kita waqaf di tempat yang salah?
Apabila kita wakaf di tempat yang salah, takut-takut kita akan merosakkan kesempurnaan makna ayat. Dengan makna lain, kita boleh jadi berdosa!
****
Secara asasnya, tanda waqaf ini dibuat bagi memelihara makna Alquran.
Apabila kita membaca Alquran, kita tahu ingin berhenti waqaf di tempat yang sepatutnya.
Lainlah jika kita ni memang mahir dan tiada masalah untuk menguasai Bahasa Arab!
Pelbagai tanda Wakaf Alquran
Disini kita lihat beberapa tanda yang biasa dijumpai dalam Alquran Rasm Uthmani. Ada 6 tanda waqaf yang biasa kita dapat lihat dalam Alquran Rasm Uthmani.Tanda-Tanda Waqaf Dalam Alquran
Walaupun telah diletakkan tanda-tanda pada Alquran, namun masih ramai lagi yang gagal untuk berhenti dengan betul.
Apabila berhenti secara sesuka hati, sudah tentu akan mengubah makna Alquran.
# Kesannya akan mendatangkan dosa. Daripada membaca dapat pahala, jadi berdosa pula!
WAQAF JIBRIL
.
.
Nama lain bagi Waqaf Jibril A.S ialah Waqaf Sunnah @ Waqaf Nabi.
.
.
Kenapa dinamakan waqaf Sunnah dan Waqaf Nabi??
.
.
Kerana Rasulullah SAW sentiasa waqaf pada tempat tersebut.
Dinamakan Waqaf Jibril pula kerana Nabi mengambil bacaan Quran dari Jibril a.s.
.
.
Satu lagi, Waqaf ini tidak disebut dalam kitab ulum quran, tafsir, hadith dan athar.
Tiada yang menyebutnya sebagai sahih (terdapat khilaf tempat) atau mendaifkannya (ia datang melalui rantaian sanad bacaan Quran).
Waqaf ini hanya disandarkan ilmu mulut ke mulut dari kerana itulah tradisi salaf mempelajari bacaan Quran.
.
.
Sebab itu pentingnya belajar Quran berguru kerana rantaian sanadnya sampai kepada Rasulullah SAW.
.
Terdapat 17 tempat
10 yang pertama disebut Syeikh Mahmud Khalil al-Husari (الشيخ محمود خليل الحصري) dalam kitabnya (معالم الاهتداء إلى معرفة الوقوف والابتداء).
.
Waqaf ini juga disebut dalam kitab (منار الهدى في بيان الوقف والابتداء) oleh Imam al-Asymuni (أحمد بن عبد الكريم الأشموني) yang diambil dari Imam Sakhawi (السخاوي).
.
.
Selebihnya disebut dalam kitab (حق التلاوة) pengarang (للشيخ حسني شيخ عثمان).
.
.
1. فاستبقوا الخيرات (M/s 23 (ayat 148 Surah Al Baqarah
2. فاستبقوا الخيرات (M/s 116 (ayat 48 Surah Al Maidah
3. قل صدق الله (M/s 62 (ayat 95 Surah Ali Imran
4. أن أقول ما ليس لي بحق (M/s 127 (ayat 116 Surah Al Maidah
5. قل هذه سبيلي أدعوا إلى الله (M/s 248 (ayat 108 Surah Yusuf
6. كذلك يضرب الله الأمثال (M/s 251 (ayat 17 Surah Ar Ra’d
7. والأنعام خلقها (M/s 267 (ayat 5 Surah An Nahl
8. افمن كان مؤمنا كمن كان فاسقا (M/s 416 (ayat 18 Surah As Sajdah
9. فحشر (M/s 584 (ayat 23 Surah An Naziaat
10. ليلة القدر خير من ألف شهر (M/s 598 (ayat 3 Surah Al Qadr
==========================
11. أَنْ أَنذِر (M/s 208 (ayat 2 Surah Yunus
12. وَلاَ يَحْزُنكَ قَوْلُهُمْ (M/s 216 (ayat 65 Surah Yunus
13. إِنَّمَا يُعَلِّمُهُ بَشَرٌ (M/s 279 (ayat 103 Surah An Nahl
14. لاَ تُشْرِكْ بِاللَّهِ (M/s 412 (ayat 13 Surah Luqman
15. أَصْحَابُ النَّارِ (M/s 467 (ayat 6 Surah Ghofir
16. مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (M/s 598 (ayat 4 Surah Al Qadr
17. فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ (M/s 603 (ayat 3 Surah An Nasr
.
.
PESANAN :: Kita akan berhenti pada perkataan-perkataan yang ditulis di atas dan akan memulakan bacaan pada perkataan yang selepasnya.
Tambahan :: Setiap tempat-tempat Waqaf Jibril ini berbeza dari segi alamat Waqafnya.
No comments:
Post a Comment