Saturday, October 19, 2019

CARA BACA TANDA "O" BULAT & "0" BUJUR DALAM ALQURAN

Jawapan ;

1. Tanda bujur `0’ pada atas alif ا  menandakan huruf tersebut hanya dibaca ketika waqaf(berhenti) padanya. Jadi cara bacaan ketika waqaf(berhenti) pada tanda kuning ialah ; “Qowaariiroo”. Roo ر di baca dua harkat.

2. Tanda bulat`o’ pada atas alif ا menandakan huruf tersebut tidak dibaca langsung samaada waqaf(berhenti) atau wasal(sambung) padanya. Jadi cara bacaan ketika waqaf(berhenti) pada tanda biru ialah : “qowaariir” huruf akhir pada perkataan tersebut ialah ro ر yang diberikan tanda sukun padanya kerana berhenti.

3. Jika hendak Wasal(sambung) pada seluruh perkataan tersebut tanpa berhenti pada mana mana warna/perkataan maka bacaanya ialah : “qowaariiro qowaariiro min” .
Ro ر pada warna kuning dibaca satu harkat dan begitu juga pada warna biru.